Monthly Archiv: October, 2012

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau

Penilaian Anugerah Sekolah Hijau SMKG telah diadakan pada 17 September 2012. Dua orang pegawai MPSP telah melaksanakan penilaian tersebut.

Majlis Korban

Syukur Alhamdulillah majlis korban sempena Hari Raya Aidil Adha SMK Gemilang telah disempurnakan pada Hari Isnin 29 Oktober 2012. Semua warga SMKG terutama guru-guru, pelajar, AJK PIBG bergotong royong bagi melancarkan majlis tersebut dengan memasak nasi daging cicah air asam. Majlis seumpama ini diadakan kali kedua sejak sekolah ini ditubuhkan. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut.

Lawatan Panel Penilai Pertandingan Tandas 5 Mutiara Peringkat Kebangsaan

SMK Gemilang telah dilawati oleh tiga orang pegawai iaitu Tuan Haji Abd Razak bin Haji Abu Bakar , Pegawai Pendidikan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Puan Azlina bt Abu Pegawai Bahagian Kesihatan Kementeria Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Encik Ishak bin Haji Ismail, Pegawai Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia pada 31 Oktober 2012. Ketiga-tiga pegawai tersebut merupakan Panel Penilai Pertandingan Tandas 5 Mutiara Peringkat Kebangsaan 2012. Mereka diiringi oleh En Wan Anuar bin Wan Cheek  PPDU dan En Mahadhi PPD Barat Daya.

 

1 Murid 1 Sukan

Aktiviti selepas PMR

Preview Changes

Pertandingan Tandas 5 Mutiara Peringkat Kebangsaan 2012

Pengetua, guru-guru dan semua warga SMK Gemilang mengucapkan Selamat Datang ke SMK Gemilang pada 10 Oktober 2012 kepada Panel Penilai Pertandingan Tandas 5 Mutiara Peringkat Kebangsaan.

Selamat Menduduki Peperiksaan PMR 2012